1

Date

Tuesday, August 25 2009

Author

Masih tiada kedengaran publisiti besar-besaran untuk Teater Muzikal Cuci (2009) sehingga kini. Mungkin kerana projek teater ini tiada menerima sebarang penajaan, namun senario itu tidaklah memeranjatkan. Berbanding dengan Teater Muzikal Impak Maksima (2008) yang dipentaskan pada akhir tahun 2008, jenama besar seperti Goodyear, 100PLUS, Modenas dan ADIDAS tidak teragak-agak menaja pementasan tersebut yang muncul dengan perbelanjaan RM1.5 juta termasuk nilai produksi dan penajaan dalam pelbagai bentuk. Namun, jumlah RM1.5 juta itu hanyalah separuh daripada jumlah modal untuk produksi Teater Muzikal Cuci.

Persoalannya, adakah berbaloi filem Cuci (2008) dijadikan teater apabila kutipan di panggung hanyalah 43% daripada keuntungan tertinggi yang dicatatkan oleh filem Duyung (2008) pada tahun yang sama?

Jika filem Cuci tidak berjaya mendapatkan perhatian pengunjung pawagam dengan tiket berharga RM10 sahaja, adakah penonton sanggup membelanjakan RM43-RM253 untuk tiket Cuci versi pentas muzikal? Mungkinkah ketiadaan sambutan di pawagam merupakan punca kehilangan minat penaja?

cuci_poster2

Filem Impak Maksima (2007) mengutip keuntungan RM2.1 juta setanding dengan filem Cuci (2008), iaitu RM2 juta. Jika ini dijadikan kayu pengukur, filem Cuci difikirkan layak menuruti langkah filem Impak Maksima mengadaptasikannya kepada teater muzikal. Namun tidak seperti Teater Muzikal Impak Maksima, produksi Teater Muzikal Cuci dijerut dengan bajet sendiri tanpa sebarang penajaan.

Cuci bukanlah filem yang hebat bagi saya jika dibandingkan dengan filem-filem Melayu yang memenuhi panggung sekitar penayangannya pada awal tahun 2008. Jika kredit harus diberikan kepada Hans Isaac hanyalah kerana ini filem pertama di bawah arahannya, saya rasa kejatuhan filem ini bukanlah terletak pada bahu pengarah kacak tersebut. Apabila terlalu fokus kepada nilai-nilai kemanusiaan dan mesej yang ingin disampaikan, jalan ceritanya kecundang ke dalam klise sempit. Salah pengarang? Pengarang bagi filem Cuci ini adalah Harith Iskandar. Dan Hans Isaac.

Jalan cerita yang klise tidak bermakna tiada sambutan. Selain daripada catatan keuntungan RM2 juta, filem Cuci juga memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik dalam Festival Filem-filem Malaysia ke-21 (FFM21). Tidak lupa kepada Hans Isaac yang menerima anugerah Pengarah Harapan melalui filem yang sama. Fakta-fakta ini kontradiksi dengan pandangan saya di atas? Tidak sama sekali.

“Lakon layar” adalah aksi dan dialog. Saya tidak nafikan filem Cuci menang dari segi ini – dari aspek tema dan teknikal. Cuma dari aspek garapan ceritera yang agak membosankan membuatkan lakon layarnya tidak melekat di hati. Dan kini, muncul pula Teater Muzikal Cuci. Dengan garapan yang sama?

Produksi Teater Muzikal Cuci adalah suatu cubaan yang berani. Hans Isaac menjanjikan persembahan bertaraf dunia dengan melaburkan RM3 juta dari koceknya sendiri. Jika adaptasi filem Impak Maksima kepada teater muzikal dengan permulaan RM1.5 juta menyaksikan prop kereta lumba diketengahkan ke atas pentas persembahan, adakah pelaburan RM3 juta bakal menaikkan prop bangunan mencakar langit di atas pentas Istana Budaya?

Inilah yang menarik perhatian saya. Kisah klise dengan wang RM3 juta. Saya mahu lihat hasilnya. Saya mahu saksikan gubahan Dato’ Zahim Albakri sebagai Pengarah produksi teater ini.

Saya mahu tonton AC Mizal, Awie, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Harith Iskandar, Adibah Noor dan Vanidah Imran melawak, menyanyi dan menari di atas pentas secara langsung. Saya mahu tengok Afdlin Shauki yang telah menurunkan berat badan sebanyak 9kg sehingga Jun 2009.

Dengan set dekorasi pentas dan barangkali prop bangunan tinggi siap dengan kelengkapan gondola! Saya mahu lihat hasilnya. Sudah tentunya Teater Muzikal Cuci yang akan dipentaskan dari 23 Oktober 2009 hingga 8 November 2009 merupakan teater yang akan saya nantikan!

Popularity: 26% [?]

About the Author

Sharra Fazuin choses to write in Malay even though she is more fluent writing in English. She has a degree in Petroleum Chemistry which she never really use. She has strong interest in theater and other performing arts and also is a fan of local indie scene. You can find her on Facebook.

Other Possibly Related Post

  • Belle
    Kewl! remind me to check this one out.. ;)
blog comments powered by Disqus

Tweet with us!

Mention @jiboneus or hash tag you tweets with #jbns to have your twitter post appear here. We watch the twittersphere.

Join us on Facebook

Jiboneus.com on Facebook

Recent Comments

Powered by Disqus

Suggest to Us

We need your help to keep us up to date. Suggest to us a link, video, story or event to us.

Submit an item for editorial consideration.

Visit these blogs!

Makanbyte 1

Sponsors

Mediatemple

© 2008 - 2009 Jiboneus.com | Design by WebKoda | Powered by WordPress.