‘The Son‘ arahan Desmond Ng adalah sebuah filem pendek yang hebat bagi saya. Saya kagum dengan penggunaan masa 4.50 minit sahaja, filem ini mampu mengetengahkan mesej yang mendalam. Namun, rata-rata respon yang diterima daripada penonton-penonton di 15Malaysia.com seolah-olah tersasar daripada matlamat yang ingin disampaikan oleh Desmond Ng.
Saya sedih dan sangat terkilan kerana filem ini disalah ertikan. Tindakan berani Desmond Ng dalam menghasilkan ‘The Son’ hanyalah untuk menekankan satu mesej ringkas, “Hentikan peperangan antara kaum”.
Filem ini bukan berkenaan salah guna kuasa atau diskriminasi. Tajuk ‘The Son’ (Anak Lelaki Itu) sendiri sudah cukup kuat menyatakan bahawa filem ini memfokuskan kisah seorang anak. Kisah yang boleh terjadi kepada anak sesiapa saja tanpa mengira bangsa. ‘The Son’ adalah anak-anak kita. Generasi muda. Generasi yang bakal menggantikan kita dalam menentukan jatuh bangun negara kita kelak.
Konflik kaum dalam 30 saat terakhir filem ini menunjukkan realiti masyarakat Malaysia yang menganggap satu-satu bangsa itu akan menyebelahi bangsanya sendiri apabila suatu keganasan antara kaum itu berlaku. Sikap prejudis ini sebenarnya adalah hasil kebodohan masyarakat kita sendiri yang gemar membangkitkan satu-satu isu itu berlandaskan warna kulit lantas menjangkiti generasi muda yang mudah terpengaruh.
Dan, Desmond Ng menyarankan agar kebodohan itu dihentikan demi masa depan negara kita.
Ini adalah video filem pendek ‘The Son‘ yang harus anda tonton.
Jika anda mahu mengenali Desmond Ng, tonton klip pembikinan ini.
Popularity: 23% [?]