Ketika gadis-gadis muda masih seronok merakamkan aksi mereka sendiri menggunakan kamera telefon bimbit, rata-rata pemuda-pemuda kini sudah beralih kepada kamera yang lebih canggih. Namun hasil foto yang baik bukan sahaja bergantung kepada jenis kamera yang digunakan, malah bakat si jurugambar juga penting! Jika anda percaya anda boleh menghasilkan atau mempunyai koleksi foto-foto yang menarik, sahut cabaran saya!
Peraduan Fotografi MyKL masih berlangsung sehingga 15 Oktober 2009. Saya cabar anda semua untuk memeriahkan peraduan ini – tidak kira anda seorang amatur atau profesional, malah menggunakan apa-apa jenis kamera sekali pun. Namun, jangan lari daripada tema ya! Ada subjek tertentu yang harus anda rakamkan.
Untuk memenangi peralatan fotografi bernilai RM2,000, latihan profesional di Akademi Nikonian serta percutian di Swiss Villas, Damai Laut, gambar yang harus anda rakamkan ialah pemandangan di Kuala Lumpur. Tidak susah, bukan? Siapa yang tidak pernah mengambil gambar bangunan KLCC? Suasana di Bukit Bintang? Mungkin bandar Kuala Lumpur dari puncak bukit di Ampang?
Maksimum tiga keping gambar boleh dihantar kepada penganjur melalui emel atau khidmat pos (dalam bentuk CD). Maklumat tentang penganjur boleh didapati di sini: http://www.swissgarden.com/mykl/join.php
Oleh kerana aliran masa kini menyaksikan pengunaan kamera SLR mengatasi penggunaan kamera dari jenis-jenis lain seperti kamera filem, kamera digital, kamera polaroid dan kamera pakai-buang, saya terpanggil untuk melihat keputusan peraduan ini nanti. Adakah kamera SLR menghasilkan senifoto yang lebih baik berbanding kamera-kamera jenis lain? Atau si gadis dengan telefon bimbitnya bisa mengalahkan kamera SLR?


