Sponsored ads
Fresh News & Updates

Rentetan daripada peristiwa pembatalan Konvensyen Tatu KL 2009, atau mungkin juga rentetan daripada penulisan saya terhadap pembatalan tersebut, satu lagi emel telah dikirimkan kepada saya untuk menyatakan sebab sebenar konvesyen antarabangsa ini dibatalkan.

Konvensyen Tatu KL 2009 yang dijadualkan berlangsung pada awal November depan gagal diteruskan selepas empat bulan dipromosikan ke seluruh dunia sebagai konvensyen tatu antarabangsa yang pertama di Kuala Lumpur. Pemansuhan serta-merta acara ini pada 9 Oktober lalu menimbulkan pelbagai spekulasi dan kekecewaan di kalangan penggemar tatu terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Oleh kerana pihak penganjur persidangan tersebut, Three Angles Production tiada membuat sebarang kenyataan penuh kepada umum dan membiarkan orang ramai berteka-teki, rata-rata di antara kita yang sudah lali dengan pembatalan konsert artis-artis barat di negara kita atas masalah permit, menganggap konvensyen ini juga dibatalkan atas sebab yang sama. Secara tidak langsung, peristiwa ini membangkitkan rasa prejudis individu-individu tempatan terhadap agensi berkuasa di Malaysia, yang mempercayai dasar pilih kasih, rasuah dan sistem yang tidak telus kian bercambah dalam pentadbiran lesen dan permit.

Lima hari selepas pengumuman rasmi daripada penganjur Singapura ini berkenaan pembatalan tersebut, saya telah menerima satu emel yang menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Atas etika hormat akan kepercayaan yang diberikan, saya mengambil keputusan untuk menghebahkan mesej yang ingin disampaikan dari sumber sahih ini tanpa mendedahkan keseluruhan emel ini.

Pilih Kasih

Mungkin atas hemah menjernihkan yang keruh, emel yang bertarikh 14 Oktober 2009 ini menekankan bahawa pembatalan persidangan yang dirancangkan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini bukanlah berpunca daripada agensi-agensi lain seperti yang difikirkan kebanyakan individu, tetapi daripada pihak penganjur itu sendiri. Walaupun tidak diakui dan tidak pula dinafikan pula dakwaan masalah kewangan yang dihadapi oleh Three Angles Production, yang nyatanya pembatalan Konvensyen Tatu KL 2009 bukanlah disebabkan masalah permit yang tidak diluluskan oleh agensi berkuasa di Malaysia.

Jadi, apa masalahnya? Saya percaya ribuan orang mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran di sebalik kekecohan ini kerana ia memberikan impak yang besar dari pelbagai sudut dalam komuniti tatu. Ada di antara bakal pengunjung yang sudah menempah tiket penerbangan dan penginapan, menangguhkan urusan-urusan lain, menolak tawaran projek-projek gergasi yang lain serta telah berebut-rebut membuat temu janji dengan pencacah tatu dari luar Malaysia untuk mendapatkan cacahan langsung di konvensyen tersebut.

Jika anda adalah di kalangan mereka yang enggan berpuas hati dengan kenyataan ringkas pihak penganjur ini dan masih mahu berteka-teki akan masalah sebenar dalam penganjuran Three Angles Production, kemungkinan agenda pihak penganjur yang seterusnya dapat memberikan sedikit pembayang kepada anda.

Tidak gusar dengan kegagalan mereka kali ini, Three Angles Production telah pun mula melakarkan rancangan kedua mereka untuk merealisasikan konvensyen tatu pertama di Kuala Lumpur. Khabar mengatakan bahawa penganjur dari kota singa ini telah menukarkan lokasi acara dari PWTC ke lokasi acara yang lain dan sedang bekerjasama dengan pihak Sunway bagi menjayakan konvensyen impian ramai ini pada tahun 2010.

Dengan kepercayaan bahawa sokongan dan keyakinan khalayak ramai mampu diraih kembali, acara besar-besaran yang diprogramkan pada tahun hadapan ini diharapkan dapat membuahkan hasil dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Like this post?

Then spread the word!

About the Author

Sharra Fazuin chooses to write in Malay even though she is more fluent writing in English. She has a degree in Petroleum Chemistry which she never really use. She has a strong interest in theater and other performing arts and also is a fan of local indie scene. You can find her on Facebook.
Sponsored ads
Comments

No comments yet. Be the first to drop a comment.

Login via Facebook
Login With Facebook
or comment anonymously

Powered By
Hosted on MediaTemple Nunc Ubique

Subscribe
RSS Subscribers
Twitter Followers
Advertise
Socialize
Search our archive
Highlights
Join the discussion
Get In Touch

Do you have any ideas or suggestions? We need your help to keep us up-to-date. Suggest to us - links, videos, stories or events. Use this form to submit items for editorial consideration.

We are also looking for passionate writers to join our editorial team. Interested? Drop us an email :- mail @ jiboneus.com

Fan us on Facebook
Creative Commons License All work unless stated otherwise, is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.