Sponsored ads
Fresh News & Updates

Muzik, Seni dan Filem dari 6-11 November 2009

Written by Sharra, Friday, November 6, 2009 | 0

Oh saya terlupa, sudah 6hb hari ini! Sepatutnya hari inilah Konvensyen Tatu KL 2009 bermula di PWTC. Bagi mereka yang telah menempah tiket kapal terbang sejak lama dulu pasti sudah berada di bandar Kuala Lumpur sejak semalam tanpa sebarang rancangan kedua. Jadi, saya senaraikan di sini lima acara menarik yang akan berlangsung sepanjang lima hari berikutnya.

1. ULANGTAHUN PIPIT KE-3

pipit3rda
Istimewa tahun ini, sambutan hari jadi PIPIT bakal diserikan dengan jemputan khas dari Tokyo, Mari Brand. Bagi mereka yang meminati seni kerja tangan kreatif, bolehlah berkunjung ke acara ini yang akan berlangsung dari jam 1pm hingga 8pm malam.

Terdapat pelbagai aksesori-aksesori comel, beg dengan motif yang unik, dan yang paling menarik, komuniti artis-artis dan pereka-pereka kreatif bebas bakal berkumpul di sini! Jadi jika anda ingin berkongsi idea dan pendapat, luangkan Sabtu ini, 7hb November ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.

2. RHYTHM OF 21ST CENTURY

9534_162893793404_16484193404_2673972_2489166_n
Cuba anda ambil logam dan bentukkan menjadi orang. Susah, bukan? Walaupun logam sudah dipanaskan menjadi bara, bukan calang-calang orang boleh membentuknya menjadi rupa seorang manusia. Namun, Raja Shariman Raja Aziddin bukan saja bisa memahatnya menjadi rupa manusia, malah membentuk arca orang tersebut memegang pedang dan perisai badan seperti perwira di zaman Greek!

Sangat menarik! Jika anda mahu saksikan sendiri kehebatan hasil tangan anak Kuala Kangsar ini, mari ke Galeri Petronas, KLCC. Kali ini bertemakan peperangan, pameran yang tidak mengenakan sebarang tiket kemasukan ini bukan sahaja mempamerkan 20 patung-patung arca, malah 60 buah lukisan terbaru dari kerja seni tangan Raja Shahriman. Oh ya, sudahkah saya beritahu logam-logamnya adalah dari longgokan besi-besi lama?

3. YOUTH FOR CHANGE

y4c-posterAcara yang bertempat di One Utama, Damansara ini adalah bertujuan untuk memancing perhatian remaja-remaja untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi-pengundi bagi pilihanraya akan datang. Jika anda sudah pun mendaftarkan diri, itu tidak bermakna tiada sebab untuk anda berada di sana pada 7hb November ini.

Masih ingat kepada projek 15Malaysia? Projek filem-filem pendek yang mendapat sambutan hangat di laman internet ini bakal ditayangkan secara terus-menerus selama 3 jam di acara tersebut bermula jam 1 tengahari. Tidak lupa kepada Bittersweet yang akan menggegarkan kompleks beli-belah tersebut dengan persembahan hangat mereka, konsert mini ini juga akan diserikan dengan persembahan dari kumpulan Couple, Seven Collar T-Shirt, Liyana Fizi, Robot Asmara, Reza Salleh, Ika dan banyak lagi!

4. Kuala Lumpur Metal HardCore Fest 2009

hardcoreJika anda mahukan sesuatu yang lebih hangat, Sil Khannaz akan beraksi di Festival Metal Hardcore yang esok, 7 November 2009. Bersama-sama As-Sahar, Cassandra, Restraint, Naratu, Negation dan ramai lagi, kumpulan-kumpulan metal ini akan mula membingitkan One Pub Café bermula jam 1 tengahari.

Tiket-tiket berharga RM25 boleh didapati di pintu masuk dan jika anda merupakan ahli ROTTW, diskaun 20% menanti anda!

5. LUST 4 SOME MUSIC SHOWCASE

CC-Gig-FlyerAnda rindu PureVibracion seperti saya? Ajak teman-teman ke Cloth & Clef pada hari Rabu depan. Hanya dengan tiket berharga RM10, anda juga bakal dihiburkan oleh kumpulan Prana dengan barisan anggota-anggota lama yang pernah dianugerahkan Artis Inggeris Baru Terbaik di AIM 2001.

Malam 11 November 2009 ini akan diserikan lagi dengan persembahan dari Seven Collar T-Shirt. Jadi, bagi mereka yang tidak dapat berkunjung ke Youth For Change nanti, jangan gusar. Seven Collar T-Shirt akan berada di Changkat Bukit Bintang pada hari Rabu depan bagi acara muzik ini dari jam 9pm hingga 2am.

Oh ya, merokok tidak dibenarkan di Cloth & Clef. Terkenal dengan konsep butik, galeri seni dan pentas muzik di bawah satu bumbung, diingatkan juga bahawa Cloth & Clef tidak menerima transaksi menggunakan kad kredit. Jadi, rancang perbelanjaan anda! Dan juga jadual merokok anda?

Like this post?

Then spread the word!

About the Author

Sharra Fazuin chooses to write in Malay even though she is more fluent writing in English. She has a degree in Petroleum Chemistry which she never really use. She has a strong interest in theater and other performing arts and also is a fan of local indie scene. You can find her on Facebook.
Sponsored ads
Comments

No comments yet. Be the first to drop a comment.

Login via Facebook
Login With Facebook
or comment anonymously

Powered By
Hosted on MediaTemple Nunc Ubique

Subscribe
RSS Subscribers
Twitter Followers
Advertise
Socialize
Search our archive
Highlights
Join the discussion
Get In Touch

Do you have any ideas or suggestions? We need your help to keep us up-to-date. Suggest to us - links, videos, stories or events. Use this form to submit items for editorial consideration.

We are also looking for passionate writers to join our editorial team. Interested? Drop us an email :- mail @ jiboneus.com

Fan us on Facebook
Creative Commons License All work unless stated otherwise, is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.