1

Date

Friday, November 20 2009

Author

Dua tahun berturut-turut saingan-saingan hebat dari Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Audi Mok dan Aidit Alfian ditewaskan dengan penangan muzik ciptaan anak-anak muda generasi baru. Dengan menggunakan pendekatan tersendiri dan adunan bunyi yang berbeza dari arus perdana, dijangkakan muzik indie bakal menakluk pentas Juara Lagu dengan gabungan batalion Estranged, Hujan, Yuna dan Bunkface pada tahun 2009 ini.

Ramai yang mengingati kemenangan kumpulan Estranged dalam Anugerah Juara Lagu 2007. Kejayaan ini secara tidak langsung telah melonjakkan nama Estranged ke tahap yang tertinggi dalam arus muzik Malaysia lantas memberikan publisiti luas terhadap lagu “Itu Kamu”. Apa yang lebih membanggakan kepada saya secara peribadi adalah gubahan lagu ini dicipta oleh Estranged sendiri.

Kemenangan Estranged bagaikan kenangan manis bagi diri saya. Buat julung-julung kalinya persembahan dari sebuah kumpulan indie mendapat pengikhtirafan yang wajar. “Itu Kamu” bukan sahaja mengalahkan semua lagu-lagu lain yang diterbitkan sepanjang tahun tersebut, bahkan kayu pengukur akan kekuatan muzik indie itu sendiri.

Sejak kali pertama pertandingan Juara Lagu diadakan pada tahun 1986, nama-nama seperti Adam Ahmad, M. Nasir, Adnan Abu Hassan dan Pak Ngah sudah terkenal dalam mempelopori pencalonan dan penghasilan lagu yang terbaik. Meskipun Tam (Spider), Adibah Noor dan kumpulan Search pernah menggugat dominasi komposer-komposer terkenal ini, namun percubaan mereka tidak mendatangkan sebarang pembaharuan.

Sehinggalah lagu ciptaan Estranged diberi peluang untuk menembusi carta Muzik-Muzik 2007 dan mendapat gelaran yang terbaik, dan tahun seterusnya pula, Meet Uncle Hussain membawa pulang trofi Juara Lagu, barulah muzik di Malaysia seakan-akan bangun dan bernafas kembali daripada zaman kemalapannya. Pengikhtirafan yang bermakna ini membuktikan bahawa muzik indie adalah setanding dan terbaik dengan muzik arus perdana.

Meet_Uncle_Hussain_AJLGambar kredit kepada Irwandy.

Impak daripada gelombang muzik generasi baru ini menyaksikan perubahan ketara dalam Anugerah Juara Lagu tahun ini. Kategori-kategori Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif dimansuhkan atas alasan kurangnya lagu-lagu berunsurkan Etnik Kreatif dan terdapat beberapa lagu yang tidak dapat dikategorikan.

Jika dahulu genre muzik indie ini yang merupakan kesinambungan muzik underground dipandang serong oleh segelintir pihak, namun anugerah demi anugerah yang diterima rentetan daripada kejayaan Estranged dan Meet Uncle Hussain membidas perspektif negatif ini. Adakah ini bermakna zaman kegelapan bagi komposer-komposer muzik arus perdana? Mampukah muzik indie bertahan dan bersaing dari nilai komersial dan kualiti?

Belum sempat finalis akhir Juara Lagu 2009 diumumkan, Juara Lagu 2008 Meet Uncle Hussain telah pun menarik diri daripada saringan Separuh Akhir Juara Lagu 2009 atas alasan tiada kesefahaman. Berdasarkan desas-desus yang kedengaran, atas sebab wang ringgit, ahli-ahli kumpulan ini berbalah dan membawa kepada peninggalan vokalis Lan daripada kumpulannya.

Diharap senario seperti ini bukanlah titik tolak kejatuhan muzik indie yang baru saja mahu melebarkan sayapnya, tetapi merupakan semangat perjuangan dalam mengetengahkan hasil muzik yang berkualiti tanpa bayangan orang tengah yang memperjudikan seni itu sendiri.

Popularity: 38% [?]

About the Author

Sharra Fazuin choses to write in Malay even though she is more fluent writing in English. She has a degree in Petroleum Chemistry which she never really use. She has strong interest in theater and other performing arts and also is a fan of local indie scene. You can find her on Facebook.
  • viruzzel
    kepada penulis: ko tak faham....., indie bukannya genre atau jenis muzik, Indie adalah jenis gerakan artist/band tu yang mengurus sendiri segalanya aktivity mereka.

    kalau nak cakap pasal genre:
    Hujan - Jazz Rock/ Progressive Rock/ J-Rock
    Bunk Face - Punk Rock
    MUH - Progressive Rock/ J-Rock
    Yuna - Rnb/Jazz basking style
    ...etc
    So, Kenalah ubah fahaman yg sedikit terserong ini.. sekian terima kasih.
  • commenter nk tunjuk pandai..haha..terima kasih..
  • Hai Viruzzel,

    Ya betul, mengikut pemahaman saya, indie adalah seperti yang ditafsirkan oleh anda. Namun dalam konteks penulisan di atas, saya memaksudkannya sebagai genre alternatif iaitu "indie pop" dan "indie rock" yang tidak menafikan kerja produksi dan pengedaran dilakukan oleh pemuzik itu sendiri.

    Indie Pop - http://en.wikipedia.org/wiki/Indie_pop
    Indie Rock - http://en.wikipedia.org/wiki/Indie_rock
    Muzik Indie - http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik_indie

    Oleh kerana pemuzik-pemuzik ini tidak bernaung di bawah mana-mana label utama, muzik yang dihasilkan tidak meletakkan nilai komersial sebagai sasaran tetapi lebih kepada hasil karya seni itu sendiri, lantas dilabelkan sebagai “muzik indie” untuk membezakannya daripada muzik atau lagu yang dihasilkan oleh komposer atau penulis lirik yang mementingkan kualiti dari segi komersial dalam arus perdana.

    Istilah “indie” itu sendiri kini digunakan secara keseluruhan meliputi pemuzik/artis/kumpulan, lagu dan muzik, serta kerja produksi dan edaran.

    Kelemahan saya adalah kerana menganggap pembaca-pembaca sudah memahami konsep Indie itu sendiri dan tidak memerlukan tafsiran lanjut. Terima kasih Viruzzel di atas komen anda di atas yang amat membantu dari segi definisi dan pemahaman untuk pembaca-pembaca di sini.
  • viruzzel
    So, tajuk pun perlu diubah ler, ..."Kelahiran Artis/Band Indie Dalam Arus Perdana" ....
    baru le comel kan.....
blog comments powered by Disqus

Tweet with us!

Mention @jiboneus or hash tag you tweets with #jbns to have your twitter post appear here. We watch the twittersphere.

Join us on Facebook

Jiboneus.com on Facebook

Recent Comments

Powered by Disqus

Suggest to Us

We need your help to keep us up to date. Suggest to us a link, video, story or event to us.

Submit an item for editorial consideration.

Visit these blogs!

Makanbyte 1

Sponsors

Mediatemple

© 2008 - 2009 Jiboneus.com | Design by WebKoda | Powered by WordPress.