Sponsored ads
Fresh News & Updates

Sam Kuman, Keladak Timbul di Atas Mustard!

Written by Sharra, Sunday, February 7, 2010 | 1

Empat persembahan muzik di kafe Lepaq pada malam Sabtu. Dua antara mereka menarik perhatian saya. Selamat datang ke arena muzik indie!

Pembukaan pentas adalah daripada Najho, seorang penyanyi muda yang masih belajar di UiTM. Identiti muziknya masih menjadi teka-teki kepada saya. Jika dipersembahkan secara akustik, mungkin itu lebih indah. Personalitinya terserlah melalui lirik lagu gubahannya namun aliran muzik tidak membantu. Oleh kerana persembahan secara terbuka ini baru yang kedua bagi beliau, saya harus katakan ia adalah percubaan yang berani dan permulaan yang baik.

Seterusnya di atas pentas adalah Keladak. Bukanlah suatu nama yang komersial dengan rekod persembahan terbuka sebanyak empat kali sahaja setakat ini, namun persembahan mereka ternyata menghentikan sembang-sembang kosong di kalangan pelanggan-pelanggan kafe Lepaq dan mengalih perhatian ke atas pentas.

Walaupun hanya satu lagu daripada Keladak yang benar-benar memikat, namun saya percaya suara serak-serak basah vokalisnya, Hafeez yang menghidupkan lagu-lagu mereka yang lain. Persis mendengar Ramli Sarip mendendangkan lagu-lagu Kopratasa!

Saya cadangkan anda mendengar persembahan Keladak secara langsung di atas pentas dan lupakan rakaman mereka dalam MySpace. Mereka jauh lebih hebat di luar ruang siber! Dengan harapan Hafeez untuk menerapkan elemen individualitinya dan lari dari bayangan Ramli Sarip, Keladak adalah taruhan yang hebat dan anda pasti tidak rugi!

Sam Kuman muncul selepas Keladak. Walaupun lagu-lagunya sudah selesa dalam senarai putaran radio-radio tempatan sejak tahun 2008, namun saya bukanlah pendengar radio tegar. Saya tidak pernah mendengar lagu-lagunya dan persembahannya malam tadi adalah yang pertama bagi saya.

Secara jujurnya, saya lebih tertarik kepada perlawanan bola di televisyen daripada menumpukan mata ke pentas ketika Sam Kuman menyanyi. Namun ianya tidak mudah kerana persembahan Sam bukanlah sesuatu yang bisa anda endahkan begitu sahaja.

Manakan tidak, kesan instrumen yang seiring dengan lirik, beserta rentak yang bagus, lagu “Crazy” sudah tentu bisa buat saya “gila” untuk mendengarnya berulang kali. Hanya dengan mendendangkan tiga buah lagu termasuk “Aku Seekor Kuman”, Sam Kuman sudah berjaya menjadi penghibur terbaik di Lepaq malam tadi!

Mustard naik ke pentas dengan instrumen violin mewarnai ritma muzik mereka. Menyanyikan beberapa lagu dengan susunan muzik yang baik tetapi tiada yang menarik perhatian. Apa yang didengarkan sudah pernah didengari. Mustard tenggelam dengan lagu-lagu “mesra-radio” yang sudah tentunya selesa di telinga tetapi bukanlah pilihan saya secara peribadi.

Kredit kepada kafe Lepaq dalam mengetengahkan kumpulan-kumpulan muzik baru setiap malam dan saya lihat jadual pentas mereka penuh minggu ini! Dengan konsep santai di atas lantai tanpa kerusi, dinasihatkan kepada gadis-gadis yang ingin melepak di sana agar tidak mengenakan “skirt” untuk keselesaan. Oh ya, lupakan jaket dan pakaian musim sejuk anda – kafe Lepaq tiada penghawa dingin!

Like this post?

Then spread the word!

About the Author

Sharra Fazuin chooses to write in Malay even though she is more fluent writing in English. She has a degree in Petroleum Chemistry which she never really use. She has a strong interest in theater and other performing arts and also is a fan of local indie scene. You can find her on Facebook.
Sponsored ads
Comments

Login via Facebook
Login With Facebook
or comment anonymously

Powered By
Hosted on MediaTemple Nunc Ubique

Subscribe
RSS Subscribers
Twitter Followers
Advertise
Socialize
Search our archive
Highlights
Join the discussion
Get In Touch

Do you have any ideas or suggestions? We need your help to keep us up-to-date. Suggest to us - links, videos, stories or events. Use this form to submit items for editorial consideration.

We are also looking for passionate writers to join our editorial team. Interested? Drop us an email :- mail @ jiboneus.com

Fan us on Facebook
Creative Commons License All work unless stated otherwise, is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.