Fresh News & Updates

Filem “Lagenda Budak Setan” Gagal!

Written by , Tuesday, June 15, 2010

Lupakan sinematografi indah, drama perkahwinan antara antagonis dengan protagonis, dan pelakon filem popular Farid Kamil yang diwar-warkan dalam entri saya yang lalu. Sungguh tidak berbaloi dengan wang makan, minum, rokok, caj tempat letak kereta, masa satu jam beratur membeli tiket, dan dua jam menonton. Ya, saya beratur selama satu jam untuk tiket filem “Lagenda Budak Setan”!

Baru tiga minit menonton, saya sudah rasa mahu bangun dan keluar dari dewan panggung. Jadi malu pula menonton adegan pelajar-pelajar memberi salam selamat pagi kepada pensyarah yang dipanggil cikgu. Jika permulaan cerita pun sudah tidak munasabah, anda bayangkan garapan tipikal 99 minit yang seterusnya.

Adegan komedi yang diselitkan tidak melucukan, cuma agak memalukan bagi saya. Adegan air mata, marah, kecewa yang digarapkan lebih menggelikan hati. Maaf ya, bukan sengaja saya mahu memperlekehkan air tangan Sharad Sharan dan kerja keras pelakon-pelakonnya, Cuma suasana yang ingin dihidupkan sememangnya tidak menjadi. Contohnya ketika watak ibu kepada Ayu dikatakan kena serangan jantung, tapi saya lihat dia seperti sakit batuk kering. Salah diagnosis ke?

Juga maaf kepada mereka yang berkongsi satu panggung dengan kami. Saya sedar bahawa saya, rakan dan barisan penonton di belakang kami seharusnya menghormati filem yang sedang ditayangkan. Namun percayalah kami memang tidak dapat membendung gelak tawa kami. Mana mungkin kami boleh terima jika secara tiba-tiba dua anak muda ini bermadu cinta, padahal baru satu saat tadi kata tidak mahu. Muka cedera mahu tekap ubat pun pedih, tiba-tiba babak seterusnya muka tiada satu parut pun. Kalau anda di sana, anda tidak ketawa?

Masalah jalinan kronologi yang dinyatakan di atas timbul atas kegagalan sutradara mencipta kesinambungan antara satu babak ke babak yang lain. Cerita melompat-lompat. Tiada ruang dan masa untuk penonton-penonton hanyut dengan perasaan yang relevan dengan situasi yang digambarkan. Jika menonton televisyen di rumah, saya sudah menukar ke saluran lain.

Saya tidak akan menyenaraikan setiap satu segmen-segmen yang menjengkelkan di sini. Cukuplah sekadar menyentuh beberapa babak-babak yang dikira menyumbang ke arah penghancuran garapan asal Ahadiat Akashah. Satu lagi yang saya kira tidak logik adalah apabila Kasyah yang berhijrah ke pedalaman, pulang ke bandar selepas satu tahun dan terus berjumpa rakan kepada kekasihnya. Baca baik-baik. Rakan kepada kekasih. Bukan kekasih sendiri. Bukankah kita selalunya pulang dan terus mencari kekasih kita dahulu? Kalau gagal mencari, barulah tanya kawan. Bukan begitu?

Saya percaya kegagalan paling besar dalam filem ini adalah aspek penerapan jiwa dan perasaan. Jika filem ini dapat mendorong saya untuk menghayati cinta agung antara watak Kasyah dan Ayu, mungkin saya dapat mengabaikan carik-carik kecil filem yang menjalani penggambaran selama 33 hari ini. Namun itu tidak berlaku.

Watak Ayu sering saja digambarkan seperti acuh tidak acuh terhadap Kasyah. Bagaimana saya hendak merasakan cinta agung antara mereka? Atau lakonan Lisa Surihani yang tidak meyakinkan? Saya tidak merasa kesedihan apabila mereka terpaksa berjauhan. Saya tidak sedih apabila Ayu terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Saya cuma dapat rasakan simpati terhadap Ayu apabila dia dibelasah teruk oleh Azmi yang dilakonkan oleh Que Haidar.

Tetapi pujian untuk babak sepak terajang ini bukanlah untuk pelakon wanita utama filem ini. Ini adalah babak yang benar-benar memberikan impak, selain babak-babak lain yang hidup hanya kerana adanya Que Haidar. Beliaulah yang berjaya menerapkan elemen dramatik dan menghidupkan rasa berang dan marah tanpa belas kasihan sehinggakan saya rasa seperti mahu tahan tangannya daripada terus menghempuk kepala Lisa Surihani. Dan Lisa pula sekali lagi menggagalkan babak ini di akhirnya dengan bangun dan keluar rumah tanpa rasa sakit atau pening kepala. Mungkin jika marah bercampur baur dengan sedih bisa buat rasa sakit dibelasah itu hilang sementara?

Babak pendedahan siapa sebenarnya Amelia sepatutnya menjadi adegan suspen yang ditunggu-tunggu penonton. Tapi itu juga tidak menjadi. Sebanyak dua kali. Dan babak paling kelakar sehingga kami berenam tergelak terbahak-bahak tanpa segan-silu adalah di bahagian akhir filem di mana ayat ini dipaparkan: “Berakhirnya Bahagian 1”.

Ternyata filem dengan kos pembikinan RM1.6 juta ini tidak meninggalkan apa-apa impak terhadap saya sebagai penonton, tiada air mata yang mengalir meskipun watak Ayu dimatikan di akhir cerita. Hanya rasa rasa geli hati masih bersisa terhadap usaha Sharad Shanan mengalih 550 muka surat novel ke layar perak. Tapi jangan pandang sebelah mata, filem Lagenda Budak Setan ini telah membuat kutipan RM1.7 juta hanya selepas empat hari ditayangkan. Jumlah hari tayangan telah melebihi hari wajib tayang dan kini diluluskan untuk tayangan sehingga 20 hari, tahu?

Like this post?

Then spread the word!

About the Author

Sharra Fazuin chooses to write in Malay even though she is more fluent writing in English. She has a degree in Petroleum Chemistry which she never really use. She has a strong interest in theater and other performing arts and also is a fan of local indie scene. You can find her on Facebook.
Sponsored ads
  • www.cayrul.com

    Mmg hampeh cite nie. Sy expect to height dan sama dgn novelnya. Bagi sy skrip cite lemah sgt tak bnyk bg impak. Kalu kita bandingkan nga cite nurkasih, skrip, lakonan, pengarahan, lagu semuanya perfect. Cite mmg membozankan.

  • Rajaq21

    sampai bila filem melayu nak maju kalau kta asyik mencari kesalahan filem yang di arah kan oleh org melayu sendiri…ish2……renung2kan dan selamat beramah…

  • Lynda Jamil

    BIAR LA CITER NI NK JLN CMNE SKALI PUN, BUKAN PKAI DUIT KO PUN..BIASA LA SHARRA….KO MMG SUKE TGK & CARI KESALAHAN ORG LAIN KN..TP KESALAHAN DIRI SNDIRI WAT2 X TAU LAK…SEBELUM KO POINT FINGERS KT KESALAHAN ORG, PIKIR PSL DIRI SNDIRI DULU…BRAPE BANYAK KESALAHAN YG KO ADA KLU NK BANDINGKN DGN FILEM NI…

  • http://www.facebook.com/people/Haiza-Sairiah/100000236506897 Haiza Sairiah

    baru je habis tengok cita ni. cakap betul, saya akui kebenaran apa yang di tulis oleh author kat atas. rasa serba tak kena je tengok cerita ni. bagi yg cakap sharra cari kesalahan semata2, saya tak rasa cam tu pun. mmg betul, dari segi plot2 cerita ni..agak kucar kacir. terasa mcm xde kesinambungan. xde feel…samada sedih atau gembira, feel tu x sampai kat saya yg menonton ni!). sedih x sedih. pendek cerita, movie ni x di garap betul2. ada bberapa scene yg pelik ckit.. a.k.a awkward cthnya 1. patunya pas kasya tu balik dr pedalaman, patutnya mmg la kena jumpa ayu, tapi x jumpa kawan dia plak. pastu, bila dia tau ayu dah kawen, patutnya ada la scene wether dia sedih+geram. 2. bila amy pas lahirkan anak..patutnya scene ayah kena azankan baby (at lesat tu scene yg biasa kta nampak)..overall, scene tu bila doctor g tau amy dah xde pon mmg cam pelik je. huhuhu…well, pendek kata..lau nak bagi ranking..cerita ni mmg so-so je la. 

    owh ya tuk RAJAQ21: kalau nak maju, kita kena sentiasa buka minda..dengar pandangan dan kritikn orang lain utk baiki diri ke arah yang lebih baik. mesti think positif..cthnya penulisan di atas bukannya berniat mencari kesalahan tapi sekadar komen dari kaca mata beliau sendiri. Pada pendapat saya, disebabkan sikap seperti awk la yg menganggap komen di atas adalah mencari kesalahan tapi x memandang perkara tersebut sbg teguran yang membina untuk membuat filem ke arah yang lebih baik–>menyebabkan filem melayu itu sendiri sentiasa di berada takuk yang lama!xde kemajuan..

  • bdk baru belajar

    dari tulisan nmpk sngt memng xda niat nk tngk cite to..tp kalu ni perhatikan memng bnyk kesilpn dari segi emosi yg di mainkn tp..ok apa dari cite pnjng lebar n merapu xtntu pasal tol x..ni juz pndngn ja k

  • zarina

    lisa macam kayu, farid buat2 macho, nothing new

  • aida

    Saya baru lepas tonton filem ini di tv. Saya tidak baca novel jadi saya tak tahu jalan ceritanya. Walaupun cerita ni satu adaptasi novel, penulis boleh menggunakan “creative license” untuk membuat jalan ceritanya lebih menarik. Jalan cerita filem ni langsung tak masuk akal – seperti semuanya di “cut & paste”. Casting – sungguh lemah – kalau pergi plastik surgery tak bermakna kulit boleh jadi lebih gelap. Bukan saya turut merasa sedih menonton filem ni – sebalik tergelak – gelak. Maaf kepada mereka yang sayangkan filem ni.

  • rilek je..

    macam2 org komen…pelakon x bagus la…pengarah x bagus la…penonton yg x bagus la….sapa yg bagus ? :)  tp aku suka flem ni….he he

  • Asrul_rashida

    bodoh je author nie…x reti menilai langsung

Powered By
Hosted on MediaTemple Nunc Ubique
Advertise
Sections

Follow

Search our archive
Get In Touch

Do you have any ideas or suggestions? We need your help to keep us up-to-date. Suggest to us - links, videos, stories or events. Use this form to submit items for editorial consideration.

We are also looking for passionate writers to join our editorial team. Interested? Drop us an email :- mail @ jiboneus.com

Fan us on Facebook
Creative Commons License All work unless stated otherwise, is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.