Ini bukan cerita filem ‘Evolusi KL Drift’ atau cerita lagu ‘Revolusi’ dari Bunkface. Dan tidak, anda tidak tersalah laman web, dan saya juga tidak menggodam laman web ini. Ini adalah proses evolusi Jiboneus.com. Evolusi yang bakal melahirkan Revolusi Jiboneus. Read more...
Popularity: 12% [?]
‘The Son‘ arahan Desmond Ng adalah sebuah filem pendek yang hebat bagi saya. Saya kagum dengan penggunaan masa 4.50 minit sahaja, filem ini mampu mengetengahkan mesej yang mendalam. Namun, rata-rata respon yang diterima daripada penonton-penonton di 15Malaysia.com seolah-olah tersasar daripada matlamat yang ingin disampaikan oleh Desmond Ng. Read more...
Popularity: 23% [?]
Satu lagi sentuhan komedi oleh Liew Seng adalah filem pendek ‘Halal‘ yang merupakan filem kelima untuk projek 15Malaysia. Filem 4.35 minit ini digarap secara ringkas dan mudah difahami tentang konsep ‘halal’ dalam agama Islam. Read more...
Popularity: 15% [?]
‘House‘ adalah filem keempat hasil projek 15Malaysia. Filem ini adalah garapan Linus Chung – seorang pengarah, penulis dan pelakon yang mungkin tidak pernah anda kenali sebelum ini. Beliau merupakan harapan saya dalam menyambung lagenda mentornya Yasmin Ahmad, dalam mengetengahkan realiti masyarakat Malaysia dalam garapan cerita-ceritanya. Read more...
Popularity: 17% [?]
Masih tiada kedengaran publisiti besar-besaran untuk Teater Muzikal Cuci (2009) sehingga kini. Mungkin kerana projek teater ini tiada menerima sebarang penajaan, namun senario itu tidaklah memeranjatkan. Berbanding dengan Teater Muzikal Impak Maksima (2008) yang dipentaskan pada akhir tahun 2008, jenama besar seperti Goodyear, 100PLUS, Modenas dan ADIDAS tidak teragak-agak menaja pementasan tersebut yang muncul dengan perbelanjaan RM1.5 juta termasuk nilai produksi dan penajaan dalam pelbagai bentuk. Namun, jumlah RM1.5 juta itu hanyalah separuh daripada jumlah modal untuk produksi Teater Muzikal Cuci. Read more...
Popularity: 26% [?]